alhamdulillah..selepas solat subuh jemaah pagi tadi..sedikit tazkirah tentang bersangka baik kepada Allah..
Cerita seorang wanita tua, penjual tempeh. setiap hari wanita ini akan menyediakan tempeh pada setiap malam sebelum menjualnya. setiap hari dia akan berdoa kepada Allah supaya tempeh yang disediakan akan elok keras dan sudah boleh dijual pada keesokan hari.
suatu hari, tempeh yang disediakan masih lembik dan tak keras2 sampai waktu wanita tua tadi sampai ke pasar. dalam hatinya terdetik sedikit rasa hampa kerana Allah tidak memakbulkan doanya pada hari itu. walaupun tempeh tak keras, tapi dia jual juga dengan berat hati. pasti takde orang mahu membeli tempeh wanita itu.
tiba2, ada seorang pembeli datang bertanyakan tempeh yang belum menjadi. wanita tua tadi berasa pelik dgn permintaan pelanggan tu. pembeli tu menerangkan bahawa dia ingin mengirim tempeh kepada anaknya yang sedang belajar di luar negara. jadi dia mahukan tempeh yang belum menjadi (belum ada kulat putih pada kacang hijau..) supaya tak rosak dalam tempoh masa yang agak lama.
wanita tua tadi berasa sangat bersyukur kepada Allah kerana tempeh td berjaya dijual. sungguh dia menyesal kerana bersangka buruk dengan-Nya. sesungguhnya semua perkara sudah dijanjikan yang terbaik. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKu. jika mereka megingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka .jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment