Monday, February 1, 2010

Hati Sebesar Cawan

"aduhai, kenapalah hidup aku dirundung malang begini?'lelaki itu berkeluh kesah. selama hidupnya dia tidak pernah merasa ketenangan. hatinya tidak pernah sepi dari risau.Fikirnya Allah tidak sudi meminjamkan kedamaian hati padanya.Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka mudah ketawa dan bebas tersenyum.tapi dia? Hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, setelah puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke penghujung kampung. Niat hatinya ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu di wajahnya. Dia ingin sekali meinta rahsia ketenangan daripada pakcik itu.Lalu, dia terus menemui lelaki tersebut.

Masalah resahnya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu lelaki tua mengajak lelaki itu ke sesuatu tempat iaitu sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut walaupun hatinya hairan.

"anak muda, ambillah cawan ini dan masukkan sebungkus garam ke dalamnya".Lelaki itu hanya menurut tanpa merungut.

"sekarang, kamu minumla air tersebut. Apa rasanya?", tanya lelaki tua itu.

setelah minum, lelaki itu menjawab, "masin", sambil berkerut mukanya.

"Sekarang kamu masukkan sebungkus garam ke dalam kolam dan hirup airnya. Apa rasanya wahai anak muda?", tanya lelaki tua itu lagi.

"Tawar, tak masin seperti tadi",jawab lelaki muda itu.

"Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam umpama masalah dan cawan atau kolam umpama hati kita. Setiap orang ditimpa, dan diuji dengan pelbagai masalah. Kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan resahnya jiwa kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita.Kita masih boleh tersenyum sebab kita mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkn untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, membesarkan jiwaku supaya aku boleh berfikir tentang perkara lain yang memberi kebahagiaan kepadaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka pada petang itu, lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan melapangkan dada.

Moral: Sahabat sekalian, janganlah membiarkan diri kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

No comments:

Post a Comment